Sunday, March 10, 2013

Emergency must follows after UMNO de-registered


Darurat: Jangan ambil langkah tidak popular

KUALA LUMPUR- Dalam saat-saat genting menghadapi PRU13, Dewan Pemuda PAS Malaysia mahu memastikan kerajaan tidak mengambil langkah yang tidak popular seperti mengisytiharkan darurat ekoran peristiwa pencerobohan di Lahad Datu.
Ketuanya, Nasruddin Hassan tidak menolak pengisytiharan darurat dibuat supaya pilihan raya tidak berlaku.
Katanya, kebimbangan rakyat hari ini jelas kerana seolah-olah ada ura-ura untuk mengisytiharkan darurat bagi menangguhkan pilihan raya di Sabah.
"Jika sekiranya berlaku juga pengisytiharan itu, kami boleh katakan ia sebagai pelan strategik untuk selamatkan Umno dalam PRU nanti,"katanya.
Namun berhubung isu Lahad Datu ini, Nasruddin menegaskan bahawa isu ini bukan isu politik malah mana-mana parti tidak perlu berebut untuk mendapat faedah daripada peristiwa ini.
"Cuma kita agak terkilan macam mana sempadan mudah dimasuk dan dibolosi oleh penceroboh, sempadan kita begitu mudah untuk masuk," katanya.
Sehubungan itu, Nasruddin kecewa apabila Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menuduh pembangkang yang menyifatkan peristiwa di Lahad Datu sebagai sandiwara politik.
Jelas Nasruddin, tuduhan 'sandiwara politik' itu bukannya daripada pembangkang sebaliknya daripada kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh isteri Sultan Sulu.
"Bukan kita anggap demikian, ianya daripada Sulu sendiri. Bila ada dakwaan itu sepatutnya kerajaan perlu memberi penjelasan sewajarnya kepada rakyat, bukan menyerang pembangkang," katanya.
Sebelum ini, Ahmad Zahid mencabar pembangkang yang kononya melemparkan tuduhan bahawa insiden itu satu sandiwara politik Umno, untuk turun sendiri bertempur mempertahankan kedaulatan negara.
"Biar mereka pergi sendiri, biar parti mereka menjadi penaja utama untuk bertempur tanpa perlindungan daripada tentera mahupun polis, tengok sama ada perkara ini sandiwara politik atau tidak. Kalau mereka mahu syahid politik, jangan minta tolong daripada tentera dan polis," katanya.
-harakahdaily

No comments:

Post a Comment